Assalamualaikum..
Alhamdulillah masih diberi rezeki oleh Allah untuk bernafas walaupun terasa diri ini begitu jauh dari Sang Pencipta dan bukan semua rezeki itu mampu dilihat dengan mata yang terlalu kerdil ini kerana segala apa yang diberikan oleh Allah adalah tersirat biarpun ia sekadar ingatan yang tidak langsung.
Akhir-akhir ini, diri ini amatlah sibuk dengan hanya 1 minggu lagi yang masih berbaki sebelum memberi laluan untuk peperiksaan akhir untuk posting ke-3. Walaupun dah hampir penghujungnya, masih terasa hanya secebis sahaja ilmu yang ada untuk dibawa, InsyAllah masih belum terlambat selagi ada usaha dan tawakal yang sentiasa istiqamah diabdikan untuk Si Dia.
Penghujung minggu lepas berkesempatan menghadirkan diri untuk 1 program BAKTISISWA anjuran batch kami, 13th Legacy dengan kolaborasi Felda Chini Pahang. Alhamdulillah, tidak menghampakan sebab dapat belajar banyak benda yang bukan sahaja tersurat malah pengajaran yang tersirat yang saya rasa cukuplah untuk membuat saya duduk termenung memikirkan apa suratan disebalik penciptaan diri yang serba kekurangan ini. It changes my life a lots..~~
Beberapa gambar yang sempat di-snapkan:
Tahniah kepada pemenang cabaran tembikai hantaran dan xlupa kepada
Miss Daily Dose dan temannya yang cukup kreatif menyiapkan gubahan. (walupun mata meliar tengok gubahan sebelah..haha)
Menunggu untuk menaiki van aka mini-lori menuju ke Tasek Chini.
Siapa itu?? hehe..inilah 'artis' batch kami
Mr. Syahmi Fikri mengambil peluang bergambar di Pusat Jualan Tenun Felda Chini
Menyelongkar keindahan dan misteri tersimpan di Tasek Chini.
Sepanjang meng-k.i.a.s.u-kan diri di Wad Melur 2, HOSHAS selama 8 minggu, wad kanak-kanak ini banyak menginsafkan diri mensyukuri keupayaan diri yang boleh dikatakan sempurna untuk dibandingkan dengan adik-adik yang lebih tabah dari apa yang dapat dilihat dari mata kasar. Hati tersentuh melihat ibu-ibu begitu gigih menjaga anak-anak yang terpilih ini. Pada minggu terakhir ini, membawa hati yang sedih pulang dari Chini ke Temerloh sambil memikirkan masa depan dan kelemahan diri yang perlukan sokongan. Tapi dengan kehadiran adik-adik yang begitu ceria walaupun sakit dan juga group-mate yang supportive sekurang-kurangnya mampu mengukirkan senyuman dan tuntaskan perkataan syukur kepada Allah.
Masa jalan kaki di depan kiosk hospital, hati tersentuh melihat satu naskhah buku yang saya rasa tajuknya begitu masyuk dengan situasi yang saya alami, tanpa berfikir sejenak..terus buku itu dimiliki untuk men-semangatkan diri yang mana semangatnya kian pudar. Apa yang dapat dicoretkan, diri ini cuba berubah untuk jadi insan yang lebih baik, mudah-mudahan Allah permudahkan jalan..ameen
"Visi untuk hati yang terluka"
p/s: Biarlah apa orang nak cakap sekalipun, they will never feel it unless they are in our shoes.
Kepada Adik Taufiq (pt CP kat HOSHAS), mudah-mudahan Allah bagi kekuatan kepada kamu ye adikku dan tabahkanlah ibunya melayari hari-hari yang mendatang..ameen
Groupmate yang D'bomb... haha, berseri2 semua!!